Sunday, February 6, 2011

TUTORIAL 6: Install Joomla! Pada Web Hosting

Bertemu pada kali ini di tutorial 6 iaitu berkenaan memasang Joomla! web pada web hosting. Sebelum ini kita telah pelajari berkenaan cara-cara memasang Joomla! pada laptop/PC yang dijadikan localhost. Perkara yang penting untuk pemasangan Joomla! pada web hosting ialah:
1. Hosting sendiri
Terdapat banyak penyedia web hosting di Malaysia dan pelbagai pakej ditawarkan oleh mereka dengan harga yang berpatutan. Contohnya ialah SKSA Technology (001448857-K) melalui laman webnya iaitu http://www.internet-webhosting.com/. Disyorkan untuk anda memilih pakej linux hosting kerana paparannya yang mesra pengguna dan terdapat menu fantastico yang mudah untuk memasang Joomla! secara terus dari panel kawalan (control panel).
 
2. Domain sendiri
Anda juga memerlukan domain sendiri sebagai contoh http://www.domainanda.com. Domain ini juga boleh diperolehi di laman web http://www.internet-webhosting.com/. Setelah anda memiliki domain dan hosting sendiri, kini anda telah sedia untuk membuat instalasi Joomla! di dalam hosting anda.

Selepas anda memiliki domain dan hosting sendiri sebagai contoh http://www.domainanda.com, anda perlu masuk ke link ini; http://www.domainanda.com/cpanel/

Seterusnya login dengan username dan password yang telah diberikan oleh syarikat yang dihantar ke email anda. Di bawah adalah paparan control panel tersebut.
Berikut adalah paparan setelah anda log masuk dan perhatikan pada icon.menu Fantastico De Luxe.

Klik pada menu Fantastico De Luxe.

Lihat pada Menu Joomla! 1.5 yang telah tersedia untuk di install
Seterusnya proses instalasi, klik pada link "New Installation"

Kemudian isi maklumat yang diperlukan:

  • sama ada ingin install Joomla! di domain sendiri (tidak perlu isi maklumat nama pada kotak "install on directory" atau...
  • ingin install Joomla! pada directory lain...anda perlu isi pada kotak "install on directory". Jika ya, taip nama untuk menambah folder seperti contoh "myjoomla", jadi URL anda nanti ialah http://www.domainanda.com/myjoomla/
  • Klik pada Install Joomla 1.5
  • Klik Finish Installation
  • Selesai...
  • Untuk melihat website anda..klik pada URL http://www.domainanda.com/myjoomla/
  • Untuk melihat control panel bagi adminstrator, klik pada URL http://www.domainanda.com/myjoomla/cpanel/

2 comments:

  1. Salam.. Tumpang Iklan .. Dapatkan Ebook Pandai Joomla 1.5 Bahasa Melayu, Lengkap Dengan Gambarajah.Langkah Demi Langkah.. Pasti Boleh Buat!!!
    http://www.seminardigital.com

    ReplyDelete