Thursday, February 3, 2011

TUTORIAL 2: Persediaan Sebelum Membina Laman Web (Joomla!) Menggunakan Platform PC atau Laptop Anda Sebagai Localhost

Pemasangan Joomla! boleh dilakukan melalui dua platform:
1. localhost (PC atau laptop) sebagai platform
2. Web Hosting

Pemasangan Joomla! di PC/laptop (localhost)

Persediaan:

1. Komputer Peribadi / Laptop

PC / laptop yang menggunakan sistem operasi Windows XP dan ke atas.

2. Aplikasi web server.

Aplikasi web server yang digunakan ialah Wampserver yang boleh didapati di laman web,
http://www.wampserver.com/en/download.php

Download Wampserver di http://www.wampserver.com/en/dl32.php. Selepas download simpan dalam satu folder (seperti Joomla_Files)

3. Joomla! 1.5

Joomla! 1.5 boleh didapati di laman web,
http://www.joomla.org/download.html
Download Joomla! versi terkini 'full package' dalam bentuk fail ZIP. Selepas download, simpan fail Joomla! di dalam folder Joomla_Files. Sekarang dalam folder Joomla_Files terdapat 2 fail yang telah dimuat turun .


Langkah seterusnya ialah memasang Wampserver:

  1. Buka folder Joomla_Files dan open atau klik 2 kali failWampserver.exe.
  2. Klik next --> klik I accept the agreement --> klik next --> destinasi folder sudah dipilih c:\wamp --> klik pada Create a Quick Launch Icon dan Create a Desktop Icon --> klik next --> klik install
  3. Selesai memasang Wampserver pada PC / laptop

Memulakan Wampserver

1. Klik Wampserver icon pada desktop dan pastikan icon wampserver pada tray berada pada status online (berwarna hijau)


2. Sekarang pc/laptop anda sudah menjadi localhost. Apache dan MySql sedang dalam status online dan sedia untuk beroperasi untuk memasang Joomla!


Menguji Perisian Wampserver

1. Buka web browser (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome atau sebagainya) dan taip alamat http://localhost pada address bar dan "enter". Paparan control panel localhost adalah seperti berikut:



3. Klik phpMyAdmin untuk uji database MySql. Jika berjaya, inilah paparannya:

No comments:

Post a Comment