Thursday, February 3, 2011

TUTORIAL 1: Pengenalan: Apa itu Joomla!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua...

Sebelum kita belajar berkenaan Joomla!, baik kita mengenali terlebih dahulu apa itu Joomla! Joomla! ialah sebuah aplikasi sistem yang dikategorikan sebagai CMS. Apa pula CMS tu?
CMS adalah ringkasan daripada Content Management System (Sistem Kandungan Pengurusan). CMS merupakan sebuah aplikasi perisian sebuah laman web yang tersusun yang boleh menyimpan, memapar, modifikasi dan memantau setiap bahagian kandungan di dalam laman web anda seperti dokumen, teks, foto, muzik, video, pengiklanan, banner atau apa sahaja untuk diletakkan di dalam laman web anda, bersesuaian dengan kehendak anda.

Banyak aplikasi CMS yang ada selain daripada Joomla! seperti Drupal, Mambo, PHP-Nuke, Xoops, Geeklog dan lain-lain lagi. Namun Joomla! adalah antara yang paling popular penggunaannya.

 Antara ciri-ciri dan kelebihan Joomla!: 
  • "Theme" atau "layout" - anda boleh memilih rekabentuk yang bersesuaian untuk laman web anda dengan percuma atau pun yang berbayar.
  • Kandungan Yang Mudah Disunting: Kebanyakan perisian CMS mempunyai alat penyuntingan Editor (What You See Is What You Get =  WYSIWYG.
  • Kemudahan Modul dan Plugin: mempunyai modul dan plugin yang boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan dengan mudah. Terdapat banyak jenis modul dan plugin yang boleh disesuaikan untuk sesebuah laman web.
  • Pengurusan laman web administrator yang mesra pengguna dan tersusun memudahkan pihak pentadbir menguruskan laman web dengan mudah.
  • Boleh mempelajari sistem Joomla! ini secara online atau offline.

 

No comments:

Post a Comment