Saturday, February 5, 2011

TUTORIAL 3: Memasang Joomla! pada localhost platform

1. Pertama sekali anda perlu extract files Joomla yang telah anda mut turun ke dalam folder yang sama.
2. Kemudian, untuk memudahkan pengurusan Joomla!, "rename" folder fail Joomla ke dengan nama yang mudah...Sebagai contoh, jika nama fail zip Joomla! yang telah di"extract" tadi ialah 'Joomla_1.5.22-Stable-Full_Package', jadi tukarkannya kepada nama seperti 'joomla1522'.
3. Selepas itu, anda "copy" fail 'joomla1522' tadi ke dalam directory ini yang telah tersedia ketika anda install wampserver - C:\wamp\www. Jadi fail joomla anda berada di C:\wamp\www\joomla1522.
4. Untuk melihat senarai fail joomla anda pada localhost, taip http://localhost/ dan lihat pada menu Your Projects. Di sana ada tersenarai fail yang telah anda "copy" sebentar tadi.

5. Klik pada fail tersebut dan kini anda bersedia untuk ke proses seterusnya untuk memasang Joomla! pada PC/laptop anda.

6. Di atas adalah paparan mula untuk memasang Joomla!. Paparan Choose Language...klik "Next".
7. Paparan Pre-Installation Check..klik "Next".
8. Paparan License...klik "Next".
9. Paparan Configuration...klik "Next".
10. Paparan Databse Configuration, pada Host Name, taip 'localhost'. Pada Username taip root. Pada Password dibiarkan kosong dan pada Database Name taip nama database yang anda inginkan seperti 'dbjoomla1522'...kemudian klik "Next".
11. Paparan FTP Configuration...klik "Next".
12. Pada paparan Main Configuration...taip nama pada Site Name yang anda kehendaki seperti Laman Web Joomla! 1.5.22...Kemudian taip alamat email anda, admin password dan confirm admin password. Password ini kan digunakan untuk anda masuk pada bahagian administrator nanti....Untuk anda yang "beginner" disyorkan untuk klik pada Install Sample Data untuk anda melihat paparan ringkas pada Joomla! setelah selesai install nanti....Klik "Next"
13. Sekarang anda pada fasa terakhir pemasangan Joomla! Sebelum anda dapat melihat paparan muka hadapan Joomla!, terlebih dahulu anda perlu "delete" fail 'Installation' pada directory C:\wamp\www\jommla1522.
14. Setelah delete..klik pada menu Site.
15. Sekarang paparan Joomla! tadi telah dipaparkan pada web explorer...contoh link ialah http://localhost/joomla1522/

No comments:

Post a Comment